Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jumlah pengambilan dos penggalak kedua menunjukkan peningkatan di fasiliti kesihatan seluruh negara sejak dua minggu lepas.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, pengambilan dos penggalak pertama meningkat daripada 49.8 peratus atau 16,279,746 dos kepada 49 peratus iaitu sebanyak 16,292,524 dos, berbanding pada 1 Januari lalu.

“Dos penggalak kedua juga menyaksikan peningkatan iaitu sebanyak 2.2 peratus atau 733,668 dos berbanding 1.9 peratus atau 633,941 sebelum ini” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan individu yang belum menerima dos penggalak vaksin Covid-19 agar segera mendapatkannya bagi melindungi diri dan orang tersayang khususnya menjelang sambutan Tahun Baru Cina.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Zaliha berkata, kes harian Covid-19 kekal mencatat angka bawah 500 kes sejak China membuka sempadan negaranya pada 8 Januari lalu.

Selain itu, katanya, laporan kes harian Covid-19 kekal tiga angka sejak 17 Disember 2022.

“Berdasarkan laporan, sejumlah 28,705 pengembara dari China dilaporkan tiba di Malaysia sejak 8 Januari hingga 17 Januari lalu.

“Tiada pengembara dari China yang dikesan positif Covid-19 di pintu mask antarabangsa negara setakat ini,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast