KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi mempersoalkan dua ahli parti itu yang merujuk Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berkait isu usul tambahan.
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau tidak pasti sama ada tindakan terbabit satu keberanian atau ahli terbabit hanya dipergunakan oleh pemimpin atas.
Puad secara sinis memberi pujian diberikan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin supaya tidak menggunakan orang bawahan untuk menjayakan agenda mereka.
“KJ puji dua ahli UMNO yang buat aduan ke RoS sebagai berani dan waras. Ia berkaitan usul tiada pertandingan jawatan nombor satu dan dua.
“Berani atau dipergunakan? Sepatutnya orang ataslah yang buat aduan. Itu baru berani namanya.
“Jangan guna orang bawah apatah lagi kalau bekas pegawai sendiri. Itu waras ke?” soalnya.
Malah, bekas menteri kesihatan itu juga menganggap mereka yang membuat laporan berkenaan sebagai ahli UMNO yang menjadi berani dan waras.
Menurut Khairy, beliau yakin ROS akan mengambil tindakan sewajarnya susulan aduan yang dikemukakan.
Terdahulu, Ahli UMNO Bahagian Kuala Nerus, Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir dan ahli UMNO Negeri Sembilan Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom dilaporkan menghantar notis bantahan kepada ROS.
Notis bantahan itu dibuat kedua-dua mereka selepas beranggapan usul tambahan berkaitan dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan UMNO.
Pada 13 Januari lalu, perwakilan Negeri Sembilan, Mohd Shukri Samsudin, mengemukakan usul tambahan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 bagi membolehkan jawatan presiden dan timbalan tidak dipertandingkan pada pemilihan akan datang. – MalaysiaGazette
Datuk Dr Puad Zarkashi tak perlu pertahankan 2 jawatan tertinggi di dalam UMNO sebab belum pasti jawatan sebagai ahli majlis tertinggi Kekal.
UMNO Johor pun mahu permilihan bagi semua jawatan.
Harap Datuk Dr Puad Zarkashi jangan jadi kaki bodek takut nanti ditolak pada PRU18 atau PRN
#Datuk Dr Puad Zarkashi