Setiap kali cuti hujung minggu atau pun cuti panjang, warga asing dari sekitar Kuala Lumpur dan kawasan berhampiran akan menghabiskan masa di ibu negara.
Cuti panjang kebiasaannya digunakan untuk bertemu rakan-rakan dan kaum keluarga yang berada di Malaysia.
Sempena Cuti Tahun Baharu Cina, lokasi-lokasi menarik seperti KLCC, Jalan Tunku Abdul Rahman dan sekitar Bukit Bintang menjadi tumpuan warga asing.