KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,649 kes kemalangan jalan raya direkodkan seluruh negara pada hari ketujuh pelaksanaan Op Selamat 19 sempena Tahun Baharu Cina semalam.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, ia melibatkan 2,002 kenderaan dengan kemalangan melibatkan kereta merekodkan jumlah yang tertinggi iaitu 1,492 kes.
Ia diikuti pacuan empat roda (269), motosikal (168), lori (28), van (30), bas (11), teksi (3) dan satu kes kemalangan bagi basikal, katanya dalam kenyataan hari ini.
Op Selamat 19 dilaksanakan selama 10 hari bermula 18 hingga 27 Januari ini di seluruh negara. – MalaysiaGazette