Home Nasional Samun kedai makan guna parang, dua lelaki diburu

Samun kedai makan guna parang, dua lelaki diburu

KUALA LUMPUR – Polis kini sedang mengesan dua lelaki yang terlibat kes samun bersenjata di sebuah kedai makan di Jalan Stutong, Kuching di Sarawak, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ashmon Bajah berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 4.55 pagi.

“Siasatan mendapati, kejadian samun membabitkan dua suspek itu menggunakan sebilah parang.

“Pengusaha kedai makan terbabit mengalami kerugian sebanyak RM2,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Ashmon, pasukan khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak telah digerakkan bagi mengesan kedua-dua suspek.

Susulan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tular video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi satu minit 51 saat memaparkan kedua-dua lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes samun itu menaiki kereta Perodua Kelisa putih. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast