BOLEH dikatakan Rafizi Ramli merupakan menteri Kerajaan Perpaduan yang paling teruk menerima kritikan ketika ini ekoran beberapa kenyataan yang dibuatnya berhubung isu kenaikan harga makanan.
Bermula dengan kenyataan berkaitan isu harga ayam sehingga harga makanan dimasak yang mahal di restoran dan hotel, apa sahaja yang diucapkan Menteri Ekonomi itu dilihat serba tak kena oleh rakyat.
Dengan membaca komen para netizen dalam media sosial terhadap kenyataan Rafizi, kita dapat menilai secara kasar perasaan tidak puas hati mereka terhadap prestasi Rafizi yang pernah dikenali dengan julukan ‘raja formula’.
Untuk berlaku adil, semua pihak seharusnya sedar bahawa tugas yang digalas oleh Ahli Parlimen Pandan itu bukan mudah. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Kabinet Kerajaan Perpaduan yang turut dianggotai Rafizi mewarisi beban kegagalan yang bermula sejak Pakatan Harapan (PH) mula mengambil alih pentadbiran negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Semua orang tahu pertumbuhan ekonomi yang sebelum itu setiap tahun berkembang di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) jatuh merudum akibat kegagalan PH menguruskan negara dengan baik.
Keadaan bertambah buruk apabila kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang menyusul 22 bulan kemudian juga tidak mampu memberi penyelesaian yang tuntas bagi menangani krisis ekonomi yang berpunca daripada pandemik Covid-19.
Situasi ekonomi negara semakin pulih setelah pentadbiran Keluarga Malaysia yang diketuai bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memerintah negara 17 bulan selepas itu.
Namun, Ismail Sabri tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk memperbetulkan keadaan apabila Parlimen Ke-14 dibubarkan pada 10 Oktober lalu bagi memberi laluan kepada PRU-15.
Sememangnya, tempoh dua bulan tidak mencukupi bagi Rafizi untuk membuktikan keberkesanan segala formula yang pernah dicanangkannya ketika berkempen dahulu.
Rakyat seharusnya sedar bahawa proses pemulihan ekonomi negara selepas krisis pandemik Covid-19 mengambil masa kerana ia melibatkan seluruh dunia.
Pada masa yang sama, Rafizi boleh menambah baik ‘formula’ yang digunakan untuk memperjelaskan kepada rakyat berhubung isu kenaikan harga barang yang amat menekan mereka ketika ini.
Rafizi perlu sedar bahawa beliau kini merupakan seorang menteri Kabinet dan bukan lagi pemimpin pembangkang yang boleh mengambil jalan mudah dengan menggunakan pendekatan populis untuk menangani masalah.
Elakkan daripada menyeru rakyat mengurangkan pembelian ayam atau memboikot peniaga yang menaikkan harga. Jauhi juga kenyataan angkuh seperti ‘dalam sebulan lagi, geng-geng PN yang pertikai semua akan terduduk’.
Belajarlah menjadi seorang menteri yang cekap dan bijak dalam mengendalikan kemarahan rakyat yang terkesan akibat kenaikan harga barang serta jalinlah hubungan baik dengan pihak media.
Kalau Rafizi segan untuk ‘berguru’ dengan bekas-bekas menteri era BN, beliau boleh sahaja belajar dengan rakan-rakannya dalam PH seperti Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Saifuddin Nasution menunjukkan contoh yang terbaik apabila meminta maaf kepada para pengamal media berhubung isu kelewatan satu sidang media yang bukan dianjurkan kementeriannya pada 5 Januari lalu.
Begitu juga dengan Anthony yang rajin turun padang untuk melihat sendiri masalah yang dihadapi orang ramai yang menggunakan pengangkutan awam serta berusaha menyelesaikannya sebaik mungkin.
Ingatlah sentiasa wahai Rafizi bahawa ular yang menyusur tak akan hilang bisanya. – MalaysiaGazette
meLAYU yang bersekongkol dengan DAPIGS…..apa aku kisah…yang penting esok aku masih Hidup dan cari masih boleh makan….Jangan lupa JANJ2I MUNAFIK GOLONGAN P H campuran…..dibawah ZAHID ANWAR MAT SABU RAFIZI pakar FORMULA TEMBERANG
Sebelum jadi MENTERI semuanya salah…GST salah .. Saya orang PERTAMA menentang kerjasama umNO dgn Pakatan Haru…PM tidak boleh jadi Menteri Kewangan…akhirinya semua sudah diJUBURI dalam masa 2 BULAN
Ala.. apa kata kita berhimpun di kementerian ekonomi dan kita baling telor busuk kepada menteri ekonomi untuk sedarkan dia yang sebenarnya dia tak tahu hal ekonomi. Dia cuma tahu retorik ekonomi politik. Pembohong besar dia ni.
Nampaknya pesta perlumbaan menaikkan harga makanan semakin mengganas dan menggila. Ramai yang saran RAJA FORMULA SONSANG supaya cepat bertindak. Rakyat menjadi semakin gelisah dan gundah gulana.
Harga makanan naik ikut nilai ringgit naik sebijik ikut ekonomi tanah tergadai Singapore pakar ekonomi politikus Pak Pandir ooiii!