keluar pejuang
Dr. Mahathir Mohamad .-Foto HAZROL ZAINAL, 15 DISEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak terus menjadi sasaran Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) Tun Dr. Mahathir Mohamad walaupun bekas bekas Perdana Menteri itu kini sedang menjalani hukuman penjara.

Dalam hantaran terkini di media sosial, Mahathir mendakwa kejayaan terbesar Najib ialah meruntuh akhlak orang Melayu.

“Sekarang orang Melayu tidak lagi berasa malu apabila
melaku perbuatan yang terkutuk.

“Najib mula dengan meyakinkan orang Melayu yang mereka tidak perlu rasa malu kerana Boss mereka curi duit.

“Kata Najib “Nak malu apa, Bossku” apabila Najib curi duit Kerajaan,” dakwa Mahathir dalam artikel yang dikongsi di media sosial beliau.

Bekas Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu berkata, pengikut setia Najib tidak berasa malu apabila mereka curi duit atau mendapat duit yang ‘dicuri’ oleh beliau.

Mahathir mendakwa, Najib telah mengajar orang Melayu untuk meminta duit percuma.

Ini termasuk ketika pilihan raya umum diadakan sehingga menyebabkan parti yang tidak memberi duit kepada pengundi tewas.

“Dalam PRU orang Melayu rela disogok duit kerana duit yang didapati bukan kerana khidmat bekerja.

“RM100 percuma lebih baik dari gaji RM2,000 sebulan kerana untuk gaji kerja diperlukan. Sebaliknya RM100 untuk undi tidak perlu kerja.

“Tak bagi duit tak undi. Ini jawapan pengundi PRU 15. Sebab itu yang tak bagi duit kalah. Yang menang dalam PRU 15 ialah yang sogok duit. Yang mampu sogok ialah pencuri,” kata Mahathir.

Bekas Presiden UMNO lebih 22 tahun itu juga berkata, amalan rasuah menyebabkan pemimpin dalam kerajaan yang ditubuhkan selamanya terdiri daripada kalangan pencuti.

“Dahulu apabila dikesan mencuri, orang Melayu berasa malu. Tidak sekarang. Apa nak malu. Boss pun tak malu bila curi berbillion. Inikan pula sedikit sahaja. Nak malu apa.

“Inilah Melayu Najib. Sampai bila-bila pun Kerajaan Malaysia akan terdiri dari pencuri. Yang tak ada duit dan tidak sogok akan kalah.

“Benarlah Malaysia negara kleptokrasi – negara pencuri,” kata Mahathir yang tewas buat pertama kali dalam pilihan raya pada PRU15.

Parti yang dipimpin oleh Mahathir iaitu Pejuang dan GTA tewas teruk dalam PRU lepas serta beberapa pilihan raya negeri sebelum ini.

Malah tidak ada seorang pun calon Pejuang dan GTA menang dalam PRU lepas. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.