Gopal Sri Ram.- Foto HAZROL ZAINAL, 01 SEPTEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram menghembuskan nafas terakhirnya di sebuah hospital swasta di sini, hari ini.

Beliau berusia 80 tahun.

MalaysiaGazette difahamkan, mendiang yang juga Timbalan Pendakwa Raya Kanan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan Datuk Seri Najib Razak, dimasukkan ke hospital berkenaan sejak dua minggu lalu bagi menerima rawatan, dipercayai akibat jangkitan paru-paru.

Beliau juga merupakan pendakwa utama bagi perbicaraan rasuah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor membabitkan projek hibrid solar untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak dan pengubahan wang haram berjumlah RM7 juta.

berita menyusul

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast