KUALA LUMPUR – Biarlah rahsia, itu jawapan dramatis popular, Ummi Nazeera mengenai dakwaan menerima bayaran tinggi yang mencecah enam angka untuknya menjadi duta produk tudung.
Nama pelakon ini kini menjadi dikategorikan dalam pelakon kelas A menerusi lakonan mantap di mana wanita berusia 33 tahun itu mampu membuatkan penonton ‘dibanjiri’ air mata.
Siapa boleh lupa lakonan Ummi Nazeera sebagai Salina dalam drama Rindu Kasih mendapat perhatian ramai terutamanya dalam babak pergaduhannya bersama ibu mentua yang dilakonkan Fazlina Datuk Ahmad Daud.
Malah sebelum itu, drama Risik Pada Hati menjadi fenomena apabila babak Hayfa lakonan ibu kepada dua anak ini ‘menghambur’ segala rasa hati yang terbuku kepada suaminya Adam lakonan Alif Satar sekali lagi berjaya memukau penonton setia drama tersebut.
Bagaimanapun pelakon yang popular menerusidrama bersiri Rindu Kasih itu menjelaskan, apa yang diterimanya berpatutan dengan apa yang dilakukan selepas jatuh cinta dengan koleksi produk muslimah mampu milik By Chefiza (BCF).
Malah Ummi Nazeera ikhlas untuk mempromosi produk tersebut secara berlebihan walaupun ia tidak termasuk dalam pakej yang ditawarkan.
“Selepas mencuba tudung BCF ini, jujurnya ia tudung yang pertama saya jatuh cinta. Malah saya dengan sukarela melakukan hantaran promosi yang lebih di media sosial saya.
“Ini kerana saya memang pakai ke mana-mana kerana termasuk bersukan kerana ia sangta kasual dan boleh digayakan dalam pelbaga cara apatah lagi saya kagum dengan rekaan dan kualiti yang sangat kualiti,” katanya pada BCF Lead Award 2022.
Mengulas Ummi mengaku tertarik dengan keperibadian Pengasas By Chefiza, Che Nurul Hafizah Che Zulkifli yang disifatkannya seorang yang merendah diri dan kejayaan produk itu membuatkan dirinya bangga.
Tambahnya, ini membuatkan kerjasama antara mereka menjadi mudah tanpa berdepan masalah. – MalaysiaGazette