KUALA LUMPUR – Malaysia malam ini menghantar seramai 75 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas (SMART) ke Turkiye bagi membantu misi mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi di negara itu.
Pemergian pasukan berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali serta Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.
Turut hadir ialah Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Duta Besar Turkiye ke Malaysia, Emir Salim YĆ¼ksel.
Proses penghantaran pasukan ini dibuat setelah mendapat persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selain menerima pengesahan keperluan bantuan daripada kerajaan Turkiye.
Seramai 75 orang anggota SMART digerakkan ke Turkiye malam ini menerusi penerbangan Turkish Alirlines dengan membawa bersama peralatan yang akan digunakan di dalam operasi mencari dan menyelamat.- MalaysiaGazette
Diatas nama kemanusiaan, Malaysia juga wajib menghantar pasukan SMART ke Syria.