KUANTAN – Enam individu dilaporkan maut dalam tragedi sebuah van terbabas di Kilometer 4.8, jalan turun dari Genting Highlands dekat sini hari ini.
Menurut Pegawai Perhubungan Awam Bomba Pahang, Zulfadli Zakaria, dalam kejadian 1.15 petang itu, van persiaran jenis Nissan Urvan itu membawa 13 wanita dan dua lelaki.
“Mangsa yang meninggal dunia merupakan lima wanita dan seorang lelaki yang merupakan pemandu van telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.
Zulfadli berkata, pasukan bomba terpaksa menggunakan peralatan menyelamat bagi mengeluarkan mangsa tersepit dan menghantarnya mangsa cedera ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut. – MalaysiaGazette
Berita lanjut menyusul…..