KUALA LUMPUR – Pejabat Daerah Mersing menutup kawasan Pantai Mawar kepada semua pengunjung serta-merta bagi sebarang aktiviti sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Pegawai Daerah Mersing yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Mersing, Mohammed Shakib Ali berkata, penutupan pantai itu susulan operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan oleh pihak berkuasa bagi mengesan seorang penuntut yang dipercayai hilang pada 1 Februari lalu.

Katanya, keputusan itu selari dengan ketetapan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tentang penutupan kawasan-kawasan rekreasi yang berisiko sepanjang musim Monsun Timur Laut.

Orang awam diminta mematuhi arahan yang dikeluarkan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. – MalaysiaGazette

Pelajar IPTS hilang ketika mendaki, motosikal ditemui tidak berkunci