KUALA LUMPUR – Pakar ekonomi menjangkakan kerajaan perpaduan akan mengumumkan pemansuhan subsidi minyak petrol dan diesel dalam pembentangan bajet akan datang.
Walau bagaimanapun, kerajaan juga dijangka menggantikannya dengan sistem bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Dengan kata lain, harga minyak akan mengapung mengikut harga pasaran dan T20 tidak lagi dapat menikmati subsidi.
Pakar ekonomi, Datuk Chua Tia Guan berkata, kerajaan akan menumpukan perhatian kepada penstrukturan semula subsidi dalam pembentangan bajet baharu .
Beliau berkata, dengan masalah kewangan yang dihadapi negara, kerajaan tidak akan menggunakan hasil cukai untuk memberi subsidi kepada korporat besar.
Jelasnya, daripada subsidi yang mencecah RM80 bilion pada 2022, hampir separuh daripadanya adalah untuk subsidi minyak bahan api, dan daripada subsidi minyak itu, 53 peratus digunakan ke atas T20.
“RM80 bilion adalah hampir sama dengan jumlah peruntukan pembangunan negara dan jumlah duit ini akan memberi kesan positif berpanjangan jika digunakan untuk tujuan pembangunan, seperti membina jalan, sekolah dan pengangkutan awam.
“Tambahan pula, subsidi minyak akan mendorong penyeludupan dan penyelewengan,” katanya kepada China Press.
Tia Guan bagaimanapun berpendapat, subsidi minyak tidak boleh dimansuhkan secara sekaligus, tetapi perlu dilakukan secara berperingkat.
Katanya, bantuan secara terus pula boleh dilakukan mengikut golongan iaitu T20 tidak menikmati bantuan, M40 mendapat sebahagian bantuan manakala B40 mendapat bantuan terbanyak.
“Dengan pemansuhan subsidi minyak, harga minyak akan terapung mengikut harga pasaran antarabangsa.
“Orang ramai yang menerima bantuan pula boleh menyelaraskan perbelanjaan masing-masing mengikut pertimbangan dan keperluan sendiri,” katanya.
Tambahnya, selain penstrukturan semula subsidi, kerajaan juga dijangka akan menjimatkan perbelanjaan yang tidak perlu, tetapi pada masa yang sama perlu berusaha menjana pertumbuhan ekonomi.
“Belanjawan secara keseluruhannya tidak boleh dipotong secara terlalu banyak terutamanya dengan kekhuatiran bahawa dunia akan berdepan masalah ekonomi pada 2023.
“Belanjawan Malaysia justeru perlu mempunyai kekentalan untuk menghadapi masalah global yang mungkin berlaku,” katanya. MalaysiaGazette
bodoh punya kerajaan..majority ramai b40 tp x layak terima bantuan. t20 pn kerajaan byk rompak cukai dorg. yg lain tak payah menyalak lebih2. apeke bodoh sekor2 memerintah skrg ni??
dah agak dah..sikit demi sikit,kena tarik..
cuma usaha diaorang ni,berat sebelah..
pasti para menteri akan cuba adjust nanti..pasal janji orang tu,tinggal janji saja
NEGARA MENANGGUNG KERUGIAN HASIL KETIRISAN SUBSIDI SUDAH LAMA..NEGARA MALAYSIA WAJIB HAPUSKAN SEGALA SUBSIDI KECUALI PERUBATAN DAN PENDIDIKAN.
SUDAH LAMA AMAT SEGALA SUBSIDI INI HANYA MENGUNTUNGKAN PENGEDAR..
#HAPUSKANSUBSIDIMALAYSIA
terbaik kerajaan perpaduan good job…..
pola pemikiran umpama berlian cerdik lagi bijaksana…
dengan ditarik balik subsidi minyak dari kerajaan nescaya automatic harga barang akan melambung tinggi….
bila harga barang melambung sekali lagi automatic 300% pasti taraf hidup bagi rakyat mendongak langit….
bagi golongan T20 akan mula terase perit… M40 pasti terlantar sakit….yang paling untung B40 paling disayang pihak kerajaan perhatian diberi tak kurang bantuan B40 aset berharga bagi negara dibelai dimanja oleh kerajaan buktinya nyata manifesto dicipta katanya janji belum dibukti lagi berjanji bantuan lagi….jangan diusik itu KWSP kerajaan janji teruskan memberi bantuan pada rakyat semua tunggu dan sabar TV umumkan kerajaan dah janji akan tunaikan rakyat utama bagi kerajaan cubit dikiri terase yang kanan begitu erat erti ibarat sebelum ini kan bantuan dah dapat golongan bujang cuma serat zaman sekarang ape yang dapat ekonomi rakyat banyak yang tenat duduk diatas tak rase sangat dibawah sini hidup dah penat harapkan mati cepatlah mendekat kami rakyat dah tak larat sangat peritnya ertinya hidup terjerut hutang diikat ketat jangn ditambah tali yang ketat….
❤️….luahan hati….
Jika sabsidi minyak dimansihkan, ini akan sangat membebankan rakyat. Kerajaan Perpaduan berisiko tumbang dgn kesan rakyat ditindas. Ke mana janji harga minyak turun RM 1.50/l. Kita negara pengeluar minyak.
Hikayat cerita MUNAFIK….malam ini naik PUTRAJAYA….esok minyak turun rm 1.50…MAKA ternganga dan terliurlah penduduk dengar DONGENGAN MUNAFIK hingga hari ini
siakap senohong gelama ikan duri bercakap bohong itu kerja menteri
Baru kluar gua ke? Itu janji mnifesto PRU12 smasa.PAS brsama dlm PAKATAN RAKYAT, yg mne hrga psrn minyak cume RM2.00/litr, tapi PR tk mnang PRU & tk dpt kuasa utk nk lksanakn. Tu la akibatnya korg tk undi PR masa tu. PADAN MUKA
Selain Malaysia, mana lagi negara di Dunia ini yang mampu beri subsidi minyak?. Negara jiran: Singapura, Indonesia, Pilipin, Berunai, Siam, dll adakah? Di Pilipin petrolnya berharga RM 4.75 seliter. Di Pakistan, diesel ya berharga RM 3.80 seliter. Rakyat x merungut, cuma tak berani beli kereta besar Dan mahal. Di Malaysia, ada subsidi pun rakyatnya sudah merungut macam beruk di hutan.
pakar tu gaji berapa,apa yang dia alami dalam hidup tak sama dengan rakyat,..fikir2kan lah..
Menang dan perintah
Lain jDi nye
jgn jadi orang x faham itu kata2 masa bila jgn dipertikaikan masa ini walau pun PM nya betul tapi yg memerintah kerajaan perpaduan……fikirkan lah
bukan turun malah dihapuskan la pula subsidi…mana sdh janji manismu..”hari ini memerintah esok minyak turun”..sdhlah semua barang naik..lepasni akan naik la lgi bahan2 keperluan☹️
Jadi tak adalah lagi slogan hari nie menang esok minyak turun? Basah kepala kena kencing lagi..