Pelajar-pelajar baru berikrar aku janji pada Majlis Perasmian Minggu Haluan Siswa & Upacara lafaz Ikrar Aku Janji Pelajar Baharu Universiti Malaysa 2019/2020 di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 04 SEPTEMBR 2019

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan membantah tindakan ADUN Tanah Rata, Ho Chi Yang yang mempersoalkan kod berpakaian kemas dan berprotokol bagi universiti.

Ketua Penerangannya, Bahari Mohamad Nor berkata, Chi Yang cuba meracuni dengan doktrin bahawa kod pemakaian univesiti adalah kuno dan bertentangan dengan sifat semulajadi manusia.

“Ini boleh menyebabkan berlakunya krisis identiti dalam diri masyarakat sehingga menyebabkan salah tanggapan cara pemakaian.

“Apakah kita boleh membiarkan permakaian seksi dan ketat demi mengikut peredaran zaman di universiti?” katanya dalam hantaran terbaru di Facebook miliknya, hari ini.

Semalam, media melaporkan Chi Yang selaku Pengarah Biro Hal Ehwal Universiti Pemuda DAP berkata, pelaksanaan kod berpakaian ketat hanya mewujudkan undang-undang yang tidak penting di universiti.

Bahari Mohamad Nor

Katanya, apabila universiti melaksanakan etika berpakaian yang ketat, ia bukan sahaja menyekat kebebasan pelajar untuk berpakaian, bahkan secara langsung atau tidak langsung, menyekat kreativiti pelajar.

Bahari juga menambah, dalam sesebuah organisasi, termasuk institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti terdapat etika dan protokol melambangkan identiti seseorang yang terikat dengan institusi tersebut.

“Bahkan fesyen dan keterampilan tersebut mencerminkan imej syarikat dan institusi yang maju dan terkehadapan dalam melaksanakan misi dan visinya.

“Universiti tidak menghalang secara mutlak pelajar berfesyen dan berketerampilan bahkan menggalakkan pelajarnya menampilkan apa yang terbaik dan elok.

“Ia bersesuaian dengan universiti sebagai tempat awam terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama yang harus saling menghormati antara warganya,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

5 Komen

  1. The ides of DAP to loosen the code of dressing in varsities is untolerable. What culture cult that DAP tried to bring? We are Malaysian being thought with manners and moral disciplines?.Have you forgotten with the fifth Rukun Negara pillar “Kesopanan dan Kesusilaan”? You as the people representatives should know to differentiate between code of dressing in universities and the sea-side. You must not easily being influence by freedom of dress from western. Even if you go to Taiwan, China, Hong Kong and Singapore, those varsities has a stern and rigid code of dressing among their studenrs.

  2. Kenapa dengan pekaian pulak,bukan pakaian yg menjadikan pelajar maju ke tak, klu tak belajar bersungguh mna nak berjaya. Jgn nk rosakkan golongan pelajar pulak lu

  3. ANWAR dan DAPIGS seperti lagu dan irama tidak boleh dipisahkan…penasihat utama LKSiang
    saya ulang saya ulang saya ulang….

    22 bulan Sejarah DAPIG PORAK PERANDA NEGARA….melayu yang menyokong jadi LAYU DAN HILANG TELOR SEKARANG BARU 2 BULAN mula porak peranda negara…UMNOngok telah dijuburi DAPIGS terus membisu demi perpaduan kerana DAPIGS sebagai kawan terbaik dan setia

Comments are closed.