Yana dan Masliha serta Johan melawat mangsa.

KUALA LUMPUR – Bersimpati dengan nasib yang menimpa ahli Puteri UMNO, anak Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa dan Exco Puteri UMNO, Dr. Masliha Harun meluangkan masa melawat mangsa, Nurul Athiqah Shaik Mohamed Ali.

Rumah Ahli Jawatankuasa Puteri UMNO Cawangan Batu 1 Semenyih itu mengalami kerosakan teruk pada bahagian bumbung selepas kawasan tersebut dilanda ribut petang semalam.

Bumbung rumah yang diterbangkan ribut

Menurut Masliha, kejadian berkenaan dimaklumkan kepada mereka oleh Ketua Bahagian Hulu Langat, Datuk Wira Johan Abdul Aziz.

“Masa kejadian ribut beliau terus lari ke rumah mak dia yang terletak di sebelah rumahnya.

“Kejadian ribut petang semalam menyebabkan bumbung terus tercabut dan terbelah dua.

Terima kasih juga kepada Anis Ketua Puteri Bahagian Hulu Langat sebab membantu info tadi. Semoga adik Athiqah sekeluarga tabah dan sabar mengharungi dugaan ini,” kata Masliha.

Air hujan yang masuk ke dalam rumah.

Nurul Athiqah tinggal di rumah tersebut bersama suami dan anak-anak.

Sementara itu, Masliha memberitahu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut menghulurkan bantuan kepada Nurul Athiqah.

Presiden UMNO yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah memberi sumbangan bagi memperbaiki kerosakan yang dialami.

“Hari ini Ketua Bahagian Hulu Langat Datuk Wira Haji Johan terus membawa masalah ini ke pengetahuan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap Timbalan Perdana Menteri untuk membantu perkara ini,.

“Kos kerosakan baiki bumbung sahaja RM30,000,” kata Masliha.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast