WELLINGTON – New Zealand mengisytiharkan darurat susulan Taufan Gabrielle yang melanda negara ini.
Menteri Pengurusan Kecemasan, Kieran McAnulty, menandatangani perisytiharan itu dikuatkuasakan pagi ini di wilayah Northland, Auckland, Tairawhiti, Bay of Plenty, Waikato dan Teluk Hawkes.
Pengisytiharan ini bertujuan untuk menyelaraskan tindak balas kerajaan terhadap bencana itu.
Sekurang-kurangnya 38,000 rumah terputus bekalan elektrik pada pagi ini
Di Auckland, pihak berkuasa telah memindahkan orang ramai dari 50 rumah di sekitar bangunan setinggi 30 meter kerana dikhuatiri runtuh.
Puluhan pusat pemindahan juga telah didirikan di bandar ini.
McAnulty menyifatkan ribut yang melanda ini sebagai “situasi cuaca yang tidak pernah berlaku sebelum ini”.
Beliau berkata keadaan darurat akan membolehkan Persekutuan membuat penyelarasan pembersihan dan akan menyediakan sumber tambahan kepada mereka yang terjejas.
Ia juga memberi kerajaan lebih kuasa untuk bertindak balas terhadap situasi berbahaya, termasuk menyekat perjalanan.
Perdana Menteri New Zealand Chris Hipkins telah mengumumkan pakej bantuan NZ$11.5 juta (AS$7.3 juta) semalam. – Agensi