Dr. Halimah Ali
Dr. Halimah Ali

KUALA LUMPUR – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) terkilan dengan ucapan Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali yang mengaitkan Menu Rahmah dengan risiko penyakit autisme dan kanser.

Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, keadaan itu amat mendukacitakan kerana seseorang ahli Parlimen harus mengemukakan penyelesaian yang boleh menambah baik kehidupan rakyat.

“Beliau tidak seharusnya memperlekeh sebarang inisiatif baik yang mendapat perhatian rakyat seperti Menu Rahmah dengan sentimen untuk mendapatkan populariti politik semata-mata,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Muhammad Faisal, ABIM tegaskan wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) yang ditampilkan sebagai Kabinet bayangan kepada jemaah menteri Kerajaan Perpaduan perlu berperanan memberikan alternafif serta menjuarai isu rakyat secara ilmiah.

“Ini adalah fungsi dan peranan Kabinet bayangan jika PN ingin membuktikan mereka bersedia menjadi kerajaan,” katanya.

Justeru Perikatan Nasional, katanya, tidak seharusnya ambil pendekatan mempertikai secara semberono tanpa kemukakan inisiatif lebih baik yang boleh dilaksanakan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast