KUALA LUMPUR – Pemilihan UMNO yang bermula awal Februari lalu menyaksikan banyak penyertaan khususnya dalam kalangan orang muda.
Watak-watak baharu ini dilihat menjadi pemangkin kepada semangat buat UMNO untuk terus bangkit selepas mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum Kali Ke-15 lalu.
Tidak terkecuali calon BN Larut, Mohd Shafiq Fhadly Mahmud yang menawarkan diri bertanding jawatan Exco Pemuda UMNO Malaysia.
“Kita tidak boleh nafikan, kekuatan parti akan terletak kepada sejauh mana parti termasuk jentera dan akar umbi menguasai media sosial.
“Dengan peningkatan pengundi muda yang akan menjadi pengundi majoriti pada pilihan raya akan datang, Pemuda UMNO perlu lonjakan dalam penguasaan ini,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.
Jelasnya lagi, politik era digital ini begitu dinamik yang memaksa semua untuk membina kekuatan media baru.
“PRU14 dan PRU15 menjadi bukti bahawa pengaruh sosial media telah menjadi penentu yang membentuk pemikiran orang muda untuk memilih parti politik tertentu.
“Berbekalkan pengalaman saya di BNCOMMS, dan beberapa pengalaman penting ketika menjadi calon Parlimen pada pilihan raya lepas, saya mahu pastikan Pemuda UMNO dapat meningkatkan penguasaan media sosial agar kita lebih dekat dengan anak muda,” jelasnya.
Mohd Shafiq yang juga merupakan Ketua Koordinator Komunikasi Barisan Nasional (BN), sudah tiba masanya Pemuda UMNO lebih menonjolkan diri di media sosial selain menjadi medan rujukan kepada orang muda terhadap perkembangan semasa.
Pemilihan UMNO bermula awal Februari ini menyaksikan dua jawatan tertinggi parti itu tidak dipertandingkan selepas mendapat undian suara ketika Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini. -MalaysiaGazette
Wartawan MZ ni mengelirukan atau janji main tulis je????
Tulis lengkap “…..yang kalah”. Barulah ahli UMNO boleh fikir. Kalau rakyat mentah-mentah tidak mahu dia maka UMNO perlu cari calon MENANG atau calon yang ada Daya Kepimpinan tetapi belum pernah TERUJI contoh jer… cam YANA tu kira okay la.
Ni dah jelas rakyat *tidak mahu* nak buat BEBAN buat apa?
Macam Zahid Hamidi walau calon lain menang beribu-ribu atau berpuloh ribu masa PRU maka AKAR UMBI perlu gunakan bebetul simbol BN tu jangan senget….