BAYAN LEPAS – Seorang anggota polis berpangkat sarjan maut selepas dipercayai menembak diri sendiri di pekarangan belakang Balai Polis Bayan Lepas di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, kejadian itu disedari anggota balai berkenaan kira-kira pukul 3.30 petang tadi.
“Mangsa berusia 51 tahun itu bertugas di balai polis sama dan dia ditemui dengan tiga kesan tembakan.
“Kesan tembakan ditemui pada leher, dada serta kepala anggota terbabit.
“Selain itu, polis turut menemui sepucuk pistol bersama anggota berkenaan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Tambah Kamarul, pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang telah menjalankan siasatan di lokasi kejadian dan punca kejadian masih dalam siasatan polis.
“Sehubungan itu, polis menasihatkan orang awam agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi berhubung kejadian itu,” kata beliau.
Difahamkan, si mati mempunyai masalah keluarga dan kesihatan.
Mayat anggota terbabit dihantar ke Hopsital Pulau Pinang untuk tindakan lanjut dan proses bedah siasat dijangka berlangsung esok pagi.
Difahamkan, anggota yang berasal dari Sarawak itu telah berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hampir 32 tahun dan meninggalkan seorang balu serta tiga orang anak. – MalaysiaGazette
Mustahil seseorang dapat menembak diri sendiri pada tiga tempat yang boleh mendatangkan maut segera. Adakah artikel ini salah atau pembaca diperbodoh?
kalau bunuh diri satu das tembakan shj dah mencukupi..haha agak2 la nak kelentong pun..ade konspirasi dalaman lah ni..hadoiii