Akmal Pemuda
Dr. Muhamad Akmal Saleh mengisi borang pencalonan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO di Menara Datuk Onn, Kuala Lumpur, hari ini. (Gambar: Facebook)

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr. Muhamad Akmal Saleh mengesahkan penyertaannya dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bagi penggal 2023-2026.

Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Melaka telah menghantar borang pencalonan bagi jawatan tersebut petang tadi.

“Alhamdulilah selesai hantar borang untuk menawarkan khidmat saya sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia petang ni.

“Mohon doa dan bantu saya. Pemuda cara kita,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Selain Dr. Muhamad Akmal, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah dan Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Hasmuni Hassan turut menawarkan diri bertanding jawatan yang sama.

Perwakilan Pemuda UMNO bahagian di seluruh negara akan memilih ketua yang baharu pada 11 Mac ini setelah Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki membuat keputusan untuk mempertahankan jawatan yang disandangnya sejak 2018. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast