KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob tiba-tiba sesak nafas ketika Persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau mula kelihatan bertutur tidak lancar ketika ketika sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja sebentar tadi dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Noor sempat bertanyakan sama ada Fathul boleh meneruskan perbahasannya atau tidak.

“Yang Berhormat okay ke?” soal beliau dan ketika itu wakil rakyat Perikatan Nasional itu mula berpeluh dan melonggarkan tali lehernya.

Tutur katanya juga kedengaran semakin tidak jelas.

Sim Tze Tzin (Bayan Baru – PH) dan Datuk Willie Anak Mongin (Puncak Borneo- GPS) mencelah meminta agar Fathul diberi masa berehat.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Gerik itu sempat menghabiskan perbahasannya sebelum dibawa petugas kesihatan Parlimen ke klinik. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast