Mohd Yusri Hassan Basri.

IPOH – Polis marin merampas 11,590 karton pelbagai jenis rokok seludup tanpa cukai kastam dianggarkan bernilai RM1.7 juta di sekitar Sitiawan dan Ayer Tawar pada Sabtu lalu.

Serbuan antara jam 1 hingga 4 petang itu dilakukan di empat rumah yang tidak berpenghuni.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, hasil pemeriksaan membawa kepada penemuan bekalan rokok tersebut di lantai ruang tamu kesemua rumah berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya dalam kenyataan media, malam tadi.

Justeru, Mohd Yusri meminta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan penyeludupan rokok dengan menghubungi balai polis berhampiran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast