KUANTAN – Mayat seorang remaja, Muhammad Ikhmal Hakim Ahmad, 19, yang dikuatiri lemas di Teluk Cempedak, di sini, semalam ditemui orang awam dalam keadaan tertiarap di Pantai Tembeling Resort, kira-kira tiga kilometer daripada lokasi dia dilaporkan hilang.
Pegawai Pertahanan Awam (APM) Daerah Kuantan, Kapt (PA) Shaifu Nizam Ab Rahman, mayat yang ditemui kira-kira pukul 2.40 petang diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Justeru, operasi mencari dan menyelamat mangsa ditangguhkan pada pukul 3 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, media melaporkan seorang pengunjung di Pantai Teluk Chempedak dikhuatiri lemas ketika mandi di pantai peranginan itu bersama dua lagi rakannya.
Amirul Izzat, 19 dan Fadly Simon, 20 bagaimanapun sempat menyelamatkan diri selepas mandi dan beriadah di bahagian Teluk Tongkang di pantai tersebut. – MalaysiaGazette