Sumber : ANIH Berhad

KUANTAN – Laluan simpang masuk ke Genting Highlands dari arah Kuala Lumpur di kilometer 36.5 akan ditutup bermula jam 11 pagi sehingga jam 4 petang esok bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan kecemasan Digi di kawasan tersebut.

Para pengguna yang ingin ke Genting Highlands boleh menggunakan laluan pusingan U selepas terowong Genting Sempah untuk meneruskan perjalanan ke destinasi, kata ANIH Berhad.

Bagaimanapun, pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak (KLK) itu turut memberitahu, pihaknya akan membuka laluan tersebut sekiranya perlu demi memastikan kelancaran trafik.

Bagi mendapatkan informasi tepat dan terkini, sila ikuti semua saluran rasmi media sosial ANIH Berhad di Facebook (@Lebuhraya Pantai Timur) dan Twitter, (@LPTTrafik) serta Lembaga Lebuhraya Malaysia di Twitter (@llmtrafik) dan Facebook (@Lembaga Lebuhraya Malaysia).

Para pengguna juga dinasihati merancang perjalanan pada waktu yang telah dimaklumkan tersebut bagi menjamin keselesaan perjalanan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast