Genaro Garcia Luna.

TEXAS – Bekas Menteri Keselamatan Mexico, Genaro Garcia Luna telah disabitkan kesalahan menerima rasuah yang besar untuk melindungi kartel dadah di Amerika Syarikat.

Garcia Luna didapati bersalah mengambil berjuta-juta dolar daripada kartel dadah Sinaloa yang juga kumpulan jenayah terbesar di Mexico.

Garcia Luna – yang ditangkap di negeri Texas pada 2019 dan telah mengaku tidak bersalah.

Lelaki berusia 54 tahun itu berdepan hukuman penjara seumur hidup.

Keputusan itu dibuat selepas perbicaraan selama lebih empat minggu di Mahkamah Daerah AS di Brooklyn, New York.

Pendakwa raya berkata, Garcia Luna menerima berjuta-juta dolar yang disumbat dalam beg bimbit dan dihantar oleh anggota kartel dadah Sinaloa, Joaquín “El Chapo” Guzmán.

García Luna, yang berpindah ke AS selepas meninggalkan pejabatnyA ialah pegawai Mexico berpangkat tertinggi yang pernah dibicarakan di AS.

Jurucakap Presiden Mexico, Jesus Ramírez Cuevas memuji keputusan itu dan membidas bekas Presiden Mexico, Felipe Calderon.

Garcia Luna berkhidmat di bawah Calderon, yang menyelia tindakan keras terhadap kartel dadah bermula pada tahun 2006.

“Keadilan telah tiba. Jenayah terhadap rakyat kita tidak akan dilupakan,” katanya.

Bekas menteri itu pernah dianggap sebagai arkitek perang Mexico terhadap dadah didakwa berkongsi maklumat dengan kartel dadah Sinaloa mengenai pesaingnya dan memberi amaran kepada kumpulan itu mengenai operasi penguatkuasaan undang-undang.

Namun Garcia Luna menafikan dakwaan itu.

Dakwaan terhadap penglibatan Garcia Luna dengan kartel Sinaloa pertama kali terbongkar semasa perbicaraan terhadap Guzman, yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup ditambah 30 tahun pada 2019.

Seorang bekas ahli kartel bernama Jesus “Rey” Zambada memberi keterangan semasa perbicaraan Guzman mendedahkan dia telah menyerahkan berjuta-juta dolar pembayaran kepada Garcia Luna.

Kes terhadap bekas menteri itu dibina atas keterangan sembilan saksi yang bekerjasama, kebanyakannya anggota kartel yang disabitkan bersalah, termasuk Zambada. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast