Gari nasyid singer drug Youtuber murder Penang
Gambar hiasan

TAIPING – Polis berjaya menumpaskan satu kegiatan sindiket penipuan nombor ramalan selepas menahan tiga warga emas dalam serbuan di sebuah hotel di Jalan Long Jaafar di sini pada Ahad lalu.

Ketiga-tiga suspek lelaki berusia 59 hingga 71 tahun itu diberkas sepasukan polis yang diketuai Inspektor T. Selvakumar dari  Bahagian Siasatan Jenayah Komersial di Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping.

MalaysiaGazette difahamkan, penahanan  suspek dilakukan susulan beberapa mangsa membuat laporan di Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur dengan mendakwa mengalami kerugian lebih RM30,000 pada awal Februari lalu.

Hasil siasatan polis mendapati suspek berusia 59 tahun itu merupakan dalang utama yang akan memgubah suai nombor ramalan bagi menyakinkan mangsa nombor tersebut memenangi sejumlah wang.

Modus operandi suspek adalah menjanjikan upah tertentu kepada mangsa untuk membantu menebus tiket kemenangan nombor ramalan tersebut.

Bagi menyakinkan mangsa, suspek juga akan memberikan borong penebusan wang daripada syarikat nombor ramalan.

Turut dirampas dalam serbuan pelbagai peralatan untuk mengubah suai resit nombor ramalan, telefon bimbit, resit nombor ramalan  yang telah diubah suai serta 70 keping slip nombor ramalan.

Ketiga-tiga suspek direman selama empat hari sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan 511 akta sama. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast