KUALA LUMPUR – Ekonomi global dijangka meningkat pada kadar yang lebih perlahan sebanyak 2.3% tahun ini disebabkan oleh pertumbuhan perlahan di China berikutan krisis pasaran hartanah semakin meruncing.
Kesan limpahan konflik geopolitik di Eropah Timur turut menyumbang kepada ekonomi global, menurut Tinjauan Ekonomi & Fiskal dan Anggaran Hasil 2023 Terkini.
Pertumbuhan ekonomi maju dijangka terus menyederhana kepada 1.2% manakala pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam negara yang berkembang pesat dan negara membangun (EMDE) juga dijangka berkembang perlahan sebanyak 2.9% dan 3.0%.
Pada tahun 2023, kadar inflasi global diunjur pada paras 6.6%, mencerminkan keyakinan bahawa inflasi akan berkurang apabila kebanyakan bank pusat dalam kalangan ekonomi maju mengetatkan dasar monetari.
Kadar inflasi dalam kalangan ekonomi maju juga dijangka merekodkan 4.6% manakala EMDE 8.1%. – MalaysiaGazette