Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani bercakap kepada media selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Selangor dan Pengerusi Perkep Kontinjen Selangor di Maktab PDRM, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 24 FEBRUARI 2023.

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani memberi jaminan satu siasatan yang adil dan saksama akan dilakukan terhadap kematian seorang anggota polis berpangkat Sarjan yang maut selepas disyaki menembak dirinya sendiri, baru-baru ini.

Katanya, buat masa ini polis telah mengklasifikan dan menyiasat kes kematian itu sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR).

Anggota polis berusia 51 tahun itu meninggal dunia di Ibu Pejabat Polis Barat Daya, Pulau Pinang dengan dengan kesan tembakan pada leher, dada dan kepala.

“Saya amat berdukacita atas kejadian yang berlaku dan merakamkan takziah kepada keluarga mendiang.

“Polis telah meminta pihak perubatan membuat autopsi atau proses bedah siasat dan sebagainya untuk mengetahui punca kematiannya.

“Kita tunggulah keputusan laporan bedah siasat nanti, tak perlu kita spekulasi apa yang berlaku terhadap sarjan itu,” katanya ketika ditanya pemberita di Maktab PDRM Cheras hari ini.

Beliau berkata demikian selepas hadir menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Kontinjen Selangor antara Deputi Komisioner Datuk Sasikala Devi Subramaniam dan Komisioner Datuk Hussein Omar Khan di sini.

Tambah beliau, PDRM tidak pernah cuba menutup atau melindungi perbuatan atau salah laku mana-mana pihak.

“Ini dibuktikan dalam beberapa siri tindakan yang diambil PDRM sebelum ini.

“Dalam soal kematian anggoat Sarjan itu, kita nak tahu punca sebenar kejadian. tunggu pihak laporan perubatan punca kematian berlaku,” tegasnya.

Bedah siasat ke atas mayat mangsa yang berasal dari Sarawak itu dijalankan di Hospital Pulau Pinang (HPP). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast