Logo Belanjawan 2023

KUALA LUMPUR – Jumlah perbelanjaan Kerajaan Persekutuan pada tahun ini dijangka berkurangan sebanyak 2.3% kepada RM386.1 bilion disebabkan penamatan Kumpulan Wang Covid-19 (KWC) pada 31 Disember 2022.

Daripada jumlah tersebut, 74.9% akan diperuntukan untuk perbelanjaan mengurus (OE) manakala 25.1% untuk perbelanjaan pembangunan (DE), menurut Menurut Tinjauan Ekonomi & Fiskal dan Anggaran Hasil 2023 Terkini.

Sebanyak 35.2% daripada jumlah perbelanjaan diperuntukan kepada sektor sosial, diikuti ekonomi (19/1%), keselamatan (9.7%) dan pentadbiran am (5.1%).

Baki sebanyak 30.9% diperuntukan untuk perbelanjaan tanggungan dan bayaran pindahan.

Peruntukan OE dianggar berkurangan sebanyak 1.2% kepada RM289.1 bilion atau 15.3% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), disebabkan peruntukan subsidi lebih rendah sejajar dengan jangkaan harga komoditi yang menyederhana dan pelaksanaan secara berperingkat mekanisme subsidi bersasar.

Peruntukan emolumen bayaran persaraan, bayaran khidmat hutang dan pemberian kepada badan berkanun dijangka kekal tinggi.

Emolumen dianggar meningkat 3.4% kepada RM90.8 bilion dan kekal sebagai komponen terbesar OE iaitu 31.4%.

Peningkatan ini disebabkan kenaikan gaji tahunan khas sebanyak RM100, di samping kenaikan gaji tahunan dan penyerapan pegawai kontrak ke jawatan kekal terutama dalam sektor kesihatan dan pendidikan.

Bayaran persaraan diunjur stabil pada RM31.1 bilion yang merangkumi 10.7% daripada jumlah OE.

Daripada jumlah tersebut, RM23.9 bilion atau 76.9% merupakan bayaran pencen manakala bakinya bayaran gratuiti dan gantian cuti rehat terkumpul.

Perkhidmatan dan bekalan merangkumi 11.1% daripada OE dijangka menyusut sebanyak 7.7% kepada RM32 bilion.

Peruntukan subsidi dan bantuan sosial dijangka berkuranagan berikutan jangaan harga minyak mentah global lebih rendah serta sejajar dengan pelaksanaan secara berperingkat mekanisme subsidi bersasar.

Kerajaana akan terus menyediakan bantuan tunai bagi meringankan beban kewangan golongan berpendapatan rendah.

Peruntukan geran kepada badan berkanun dijangka meningkat sebanyak 7.9% kepada RM15.1 bilion, sebahagian besar bagi membiayai perbelanjaan operasi 20 universiti awam.

Sementara itu, sejumlah RM8.1 bilion diperuntukkan kepada kerajaan negeri dalam bentuk geran dan pindahan yang merangkumi sebanyak RM6.1 bilion seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast