Thomas H. Lee

WASHINGTON – Seorang jutawan Amerika Syarikat yang membantu mempelopori pemerolehan korporat yang didorong oleh hutang yang dikenali sebagai pembelian berleveraj telah ditemui mati.

Kematian Thomas  H. Lee disahkan oleh keluarganya.

The New York Post melaporkan, jutawan yang berusia 78 tahun itu meninggal dunia di pejabatnya di Manhattan akibat luka ditembak.

Tempat kematiannya adalah di pejabat Thomas H Lee Capital LLC, sebuah entiti yang disenaraikan.

Menurut Forbes, Lee mempunyai aset bernilai AS$2 bilion (£1.6 bilion) pada masa kematiannya.

Jurucakap polis tidak mengesahkan lelaki itu telah meninggal dunia akibat luka tembakan yang dilakukannya.

Polis berkejar ke tempat kejadian selepas menerima panggilan 911 sejurus sekitar jam 11 pagi waktu tempatan dari pejabat di Fifth Avenue.

Dia meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak.

Di samping perintis dalam pembelian berleveraj, Lee juga terkenal kerana memperoleh syarikat minuman Snapple pada tahun 1992 dan menjualnya dua tahun kemudian kepada Quaker Oats pada harga AS$1.7 bilion iaitu 32 kali ganda daripada harga yang dia beli.

Lee juga dikenali kerana seorang dermawan dan pernah berkhidmat sebagai pemegang amanah untuk organisasi seni terkenal New York City seperti Lincoln Center for the Performing Arts dan Muzium Seni Moden.

Pada tahun 1996, beliau menderma AS$22m kepada almamaternya Universiti Harvard, sebahagian daripadanya telah digunakan untuk menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar.

“Saya bernasib baik kerana dapat menjana sedikit wang. Saya lebih gembira untuk memberikan sebahagiannya kembali,” katanya pada masa itu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast