Kedah Aerotropolis
Muhammad Sanusi Md Nor. Foto SYAFIQ AMBAK, 25 FEBRUARI 2021.

KUALA LUMPUR – Kerajaan negeri Kedah berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi pertimbangan semula untuk menyokong dan meluluskan projek Kedah Aerotropolis.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, projek tersebut akan memberi manfaat yang ketara kepada negeri berkenaan dan wilayah utara.

“Demi kebajikan rakyat Kedah dan wilayah utara, mohon dipertimbangkan semula dengan sewajarnya keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri tanpa maklumat yang mencukupi berkenaan projek ini.

“Kerajaan negeri Kedah amat berharap pembentangan projek Kedah Aerotropolis dapat diaturkan dalam masa terdekat ini supaya penjelasan yang lebih terperinci dapat diberikan kepada Perdana Menteri untuk pemahmnan yang lebih mendalam serta menyeluruh berkaitan projek ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat Jumaat lalu, Anwar menyatakan, cadangan pembinaan lapangan terbang baharu di Kulim yang menelan kos kira-kira RM7 bilion tidak boleh dipertimbangkan dalam keadaan semasa.

Antara manfaat projek Kedah Aerotropolis yang dikongsi oleh Muhammad Sanusi adalah peranannya dalam meningkatkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Kedah, menarik pelaburan baharu dan mewujudkan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi.

Menurut beliau, kawasan sekitar terdiri daripada perniagaan berorientasikan penerbangan, industri dan ekosistem yang akan menjana dan menyokong keseluruhan pembangunan Kedah Aerotropolis secara holistik.

“Kedah Aerotropolis juga bertujuan mengurangkan kebergantungan Kedah kepada sumber pertanian, di samping meningkatkan status Kedah daripada negeri kedua paling miskin di Malaysia,” jelasnya.

Muhammad Sanusi menambah, matlamat itu dapat dicapai dengan melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi sama ada mahir atau separuh mahir yang mampan dan cekap dalam industri penerbangan dengan hasrat mewujudkan pusat kecemerlangan untuk pembelajaran dan pendidikan aeroangkasa.

“Ini akan dapat mewujudkan peluang pekerjaan serta mampu meningkatkan pendapatan isi rumah penduduk setempat,” katanya.

Beliau berkata, projek berkenaan mampu mengurangkan jurang KDNK anatara Kedah dan Pulau Pinang daripada 55 peratus ketika ini kepada 37 peratus pada 2030.

Muhammad Sanusi sekali lagi menyatakan, projek tersebut tidak memerlukan peruntukan kerajaan Persekutuan kerana ia dibiayai sepenuhnya melalui inisiatif sumber kewangan swasta.

“Pemilihan dan pelantikan dua pelabur utama sebagai rakan srategik utama kerajaan negeri Kedah telah dimuktamadkan dan akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. projek tambatan banjirpun kerajaan boleh buat proses tender semula..boleh bayangkan tgk la apa yg kerajaan persekutuan akan buat dgn kerajaan negeri Kedah. Tak mungkin PM tidak menilai semua perkara berkaitan projek itu sblm dia buat keputusan utk tidak meluluskan permohonan Kerajaan negeri Kedah sblm ini..tekanan pasti dirasai oleh MB Kedah berikutan semua langkah2 utk menjayakan projek tersebut telah dimuktamatkan dan sekiranya tidak mendapat kelulusan, byk pihak yg akan menanggung kerugian dan segala misi pembangunan jangka panjang negeri Kedah turut akan terbantut kerana semua usaha pembangunan masa depan pastinya byk dipengaruhi dan dikembangkan melalui kewujudan teras utama atau nadi ekonomi negeri iaitu Projek Aerotropolis.semuanya akan bermula di sana dan setiap usaha yg dirancangkan ini bg menjana sumber ekonomi baru negeri selain sumber pertanian..Pastinya MB Sanusi akan berusaha dgn sedaya upaya utk merealisasikan impian rakyat Kedah wlupun dijangkakan sukar kerana permainan telah dimulai sejak PM membuat keputusan utk tidak meluluskan permohonan dr kerajaan Kedah..Maka langkah2 susulan ibarat rayuan terpaksa dibuat utk mencari penyelesaian terbaik, berkemungkinan utk menjurus kpd adanya tawaran2 dan demand2 yg menyesakkan dada akan memerlukan tingkatan iman yg tinggi utk ditempoh. cuma satu harapan peribadi, jgn pernah tunduk kpd yg namanya penindasan dlm apajua bentuk yg membawa kpd tergadainya intergriti dan iman seorang muslim sepanjang tempoh sukar itu nti..kita tidak bersangka yg tidak baik, cuma langkah2 waspada mengelak dr terjebak umpan tiruan yg khuatir sengaja dilakukan utk menguji keteguhan prinsip, maruah, aqidah kita yg menyerahkan ketentuan rezeki itu hak Allah dan bukan terletak pada makhluk..yakinlah dgn perancangan Allah dan semua yg akan terjawab nti adalah ketentuan dr Allah..usaha yg ikhlas disertakan dgn doa dan tawakal pd Allah menentukan.Allah menyayangi hambaNya yg bertawakal dan menyerahkan segalanya pada Allah menentukan..Doa rakyat Kedah akan bersama MB Kedah kita..InsyaAllah..

Comments are closed.