KUALA LUMPUR – Pemangku Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak akan bertanding Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada pemilihan kali ini.
Khairul Azwan Harun atau lebih dikenali Azwanbro mahu menawarkan pengalaman politik yang ada untuk kebaikan parti.
“Saya dengan rendah diri, menawarkan diri bagi bertanding jawatan Ahli MKT. Berbekalkan sedikit pengalaman lalu, pernah menjadi Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dan juga pernah duduk dalam MKT sesi 2013-2018, maka saya pohon sokongan, bantuan dan undi sahabat semua bagi saya kembali ke MKT sesi 2023-2026.
“InsyAllah saya akan sentiasa mendukung semangat kebersamaan dengan pucuk pimpinan, serta terus memberi politik khidmat bakti kepada rakyat tanpa jemu,” katanya dalam kenyataan di media sosial hari ini.
Khairul Azwan bertekad untuk menjadi voice of conscience dan voice of reason bagi golongan muda kembali yakin dengan UMNO.- MalaysiaGazette