KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju untuk meneruskan subsidi bagi telur ayam sehingga Jun 2023 dengan melibatkan kos sebanyak RM1.28 bilion.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang pada 17 Februari lalu bagi memastikan bekalan telur ayam dalam negara kekal stabil, sementara kajian mengenai mekanisme dan dasar penyaluran subsidi secara bersasar dapat dimuktamadkan dalam tempoh masa terdekat.
”KPKM sentiasa memantau keperluan bekalan telur ayam dalam pasaran dan terus berusaha dengan pelbagai pendekatan bagi menjamin bekalan telur ayam dalam negara stabil seperti sediakala.
Jelasnya, inisiatif membawa masuk telur ayam dari sumber luar adalah merupakan langkah sementara bagi memastikan bekalan telur ayam dalam negara kekal stabil dan tidak terputus.
”Keperluan untuk membawa masuk telur ayam dari luar negara juga akan dikaji semula setelah bekalan telur ayam kembali stabil,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Tambahnya, kementerian ini akan terus komited untuk bekerjasama dengan semua pemegang taruh bagi memastikan industri ayam dan telur terus mampan dan dalam masa yang sama dapat memastikan kehidupan rakyat tidak terbeban. – MalaysiaGazette
cerita pasal subsidi jela. telur tak nampak. mat sabu jadi menteri lagi teruk la. sebelum ni cakap bukan main pandai. apa solusinya utk tak nak perkara ni jadi? telur ko pergi jual luar negara, rakyat malaysia nak makan telur dah susah. nak beli sardin pun dah mahal. apa lagi makan yg boleh menjimatkan poket? ko nak suruh org makan pasir?