KUALA LUMPUR – Hujan sangat lebat berterusan (bahaya) dijangka berlaku di Pekan dan Rompin, Pahang dan Johor sehingga Khamis ini, 2 Mac 2023.
Hujan lebat berterusan juga dijangka berlaku di Jerantut, Maran, Kuantan dan Bera, Pahang; Negeri Sembilan Melaka dalam tempoh sama, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.
Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak; Terengganu, Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh di Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya serta Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu (Tatau dan Bintulu) di Sarawak juga mengalami hujan berterusan esok.
Amaran hujan berterusan (bahaya) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150 mm dalam tempoh 24 jam.
Sementara amaran hujan berterusan (buruk) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 mm dalam tempoh 6 jam.
Amaran hujan berterusan (waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku melebihi 6 jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan. – MalaysiaGazette