Mentega Terbang
Poster filem Mentega Terbang

KUALA LUMPUR – Umat Islam di negara ini diseru untuk membantah elemen liberalisasi dan sebarang usaha meremehkan agama secara halus seperti yang didakwa cuba diketengahkan melalui filem Mentega Terbang.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr. Riduan Mohd. Nor berkata, mereka tidak sepatutnya membiarkan golongan muda disuntik dengan racun orientalis Barat dan hanyut dalam menentukan kebenaran agama.

“Filem adalah ejen propaganda dan alat kemusnahan fikrah jika tak dikawal oleh penguasa yang beriman, ya kita sedang menempuh zaman edan yang mengkesampingkan nilai akidah dalam kehidupan Muslim!” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau menambah, dalam sejarah perfileman Melayu, belum pernah ada pengkarya filem secara berani mempersoalkan akidah Islam dan mempromosikan murtad.

Filem Mentega Terbang yang disiarkan melalui aplikasi Viu menerima bantahan daripada umat Islam di negara ini kerana didakwa mengandungi unsur pluralisme agama yang boleh menjejaskan akidah.

Filem itu memaparkan Aisyah, iaitu seorang gadis berusia 16 tahun yang mencari kebenaran agama dengan membuat kajian perbandingan melalui bacaan kepada teks agama sedia ada.

Remaja berkenaan digambarkan sebagai seorang Islam yang menunaikan solat tetapi berfikiran liberal dalam menerima kerencaman beragama termasuk tidak kisah kepada babi sebagai makanan.

Difahamkan, filem yang diterbitkan untuk siaran di internet itu tidak memerlukan penapisan dan izin tayang daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas). – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Yg ironisnya watak utama yg jahil agama tu ialah seorang wanita Islam…kenapa bukan Ramasamy atau Ah Seng?

    • Pengarah Melayu filem pluralism ini alat puak liberal sewajarnya disingkir dari bidang perfileman.

Comments are closed.