KUANTAN – Seorang wanita maut apabila kereta jenis Perodua Myvi yang dipandunya terbabas dalam di Jengka 19, Bandar Pusat Jengka, pagi tadi.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 6.44 pagi.
Beliau berkata, wanita berusia 34 tahun itu terbabas dan merempuh konkrit ‘culvert’ perparitan yang mengakibatkan kenderaannya terbalik.
“Pasukan bomba membuat kerja-kerja mengeluarkan mangsa dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM),” kata Zulfadli.
Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette