KUALA LUMPUR – Bendahari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak semalam untuk membantu siasatan agensi terbabit.
Datuk Mohamed Salleh Bajuri kini berada dalam tahanan SPRM selepas direman dua hari.
“Beliau ditahan dua hari,” kata sumber kepada MalaysiaGazette.
Mohamed Salleh dilantik menjadi bendahari parti itu sejak tahun 2016, merupakan seorang individu berpengalaman luas dalam bidang korporat. – MalaysiaGazette