Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan jemaah yang lain selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM), Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 03 MAC 2023.

SERI KEMBANGAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai mengigau apabila meramalkan kerajaan pimpinannya bakal tumbang dalam masa terdekat.

Bagaimanapun beliau menghormati pandangan Ahli Parlimen Marang itu sambil enggan menyerang balas kenyataan Abdul Hadi.

“Tak apa itu hak dia untuk merancang dan mengigau,” katanya kepada pemberita di pekarangan Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini, hari ini.

Rabu lalu, media melaporkan Abdul Hadi menjangkakan bahawa Kerajaan Perpaduan yang diterajui oleh Anwar akan tumbang tidak lama lagi.

Perkara itu didedahkan Abdul Hadi ketika sesi Dialog Ulama Negarawan: Mendepani Cabaran Globalisasi Media Masa Kini anjuran Yayasan Permata Ummah di Kuala Lumpur 28 Februari lalu.

Ahli Parlimen Marang itu juga tidak menyebut jika Perikatan Nasional (PN) yang dianggotai partinya bersama sekutu utamanya, Bersatu sedang mengaturkan sesuatu.

Selesa lalu, Abdul Hadi ketika berucap di Dewan Rakyat berkata bahawa pembangkang tidak boleh dipersalahkan sekiranya pentadbiran PH runtuh sekali lagi.

Beliau berkata, ia bukan kerana tebuk atap, sebaliknya atapnya bocor, pintunya terbuka dan dindingnya pecah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast