Imran Khan

LAHORE – Polis Pakistan cuba menangkap bekas perdana menteri, Imran Khan, yang sedang bergelut dengan beberapa kes undang-undang susulan mendesak kerajaan untuk mengadakan pilihan raya awal.

Pasukan polis sudah tiba di rumah Imran di Lahore, yang dipenuhi oleh ratusan penyokongnya, tetapi tidak dapat menemuinya.

“Sepasukan polis Islamabad telah tiba di Lahore untuk menangkap Imran Khan bagi mematuhi perintah mahkamah.

“Imran Khan enggan menyerah diri – polis telah masuk ke dalam bilik tetapi Imran Khan tidak ada,” kata polis Islamabad menerusi tweet.

Waran tangkap itu dikeluarkan selepas Khan gagal hadir ke mahkamah dalam kes rasuah pada 28 Februari lalu.

Imran dituduh gagal mengisytiharkan hadiah yang diterima semasa memegang jawatan, atau keuntungan yang diperoleh daripada jualannya.

Setiap penjawat kerajaan mesti mengisytiharkan semua hadiah tetapi dibenarkan menyimpannya di bawah nilai tertentu.

Naib pengerusi parti Tehreek-e-Insaf Pakistan, Shah Mehmood Qureshi, memberitahu pemberita di Lahore: “Kami telah menerima notis daripada polis Islamabad tetapinotis itu tidak mengandungi sebarang perintah untuk penahanan itu.”

“Kami akan berunding dengan peguam kami dan mengikuti proses undang-undang,” ujarnya. -Agensi