Sekumpulan gajah di Taman Negara Ruaha.

DAR ES SALAAM – Polis Tanzania memberkas tiga pemburu yang disyaki terlibat dalam pembunuhan enam ekor gajah di Taman Negara Ruahaantara Januari 2022 dan Februari 2023.

Penolong Pesuruhjaya Pemuliharaan dan Pegawai Pemerintah untuk Taman Negara Ruaha, Godwell Ole Meing’ataki memberitahu Xinhua, pemburu itu ditangkap pada 28 Februari lalu di perbandaran Iringa oleh Agensi Hidupan Liar dan Hutan kementerian sumber semula jadi dan Pelancongan dengan kerjasama polis.

Ketiga-tiga suspek itu ditemui memiliki lapan gading gajah dan enam keping gading, kata Meing’ataki.

“Ini bermakna mereka membunuh enam gajah dari pelbagai usia bernilai AS$90,000 dolar,” katanya.

Meing’ataki menambah, suspek juga didapati memiliki sebilah pisau, dan sebuah kenderaan bermotor untuk membawa gading-gading tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast