DHAKA – Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dan lebih 100 lagi cedera dalam satu letupan besar yang berlaku di sebuah bangunan komersial di ibu negara Bangladesh Dhaka pada Selasa.
Kejadian itu berlaku di Gulistan, sebuah kawasan komersial yang sibuk.
Letupan itu berlaku di bangunan tujuh tingkat yang menempatkan stor barangan kebersihan dan pelbagai perkakasan.
Kejadian tersebut telah menyebabkan dinding kaca sebuah bank di sebelah bangunan pecah dan bas penumpang yang berada di jalan yang sibuk.
Malah, dua bangunan di kawasan Siddique Bazar turut rosak.
Sekurang-kurangnya 11 jentera bomba dikejarkan ke lokasi untuk memadamkan kebakaran.
Punca letupan masih belum diketahui. – Agensi