Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Mohd Azahari Mukhtar

KUANTAN – Polis Rompin memohon waris yang kehilangan ahli keluarga terdekat membuat laporan polis bagi membantu mengesahkan penemuan mayat seorang lelaki.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Mohd Azahari Mukhtar berkata, pihaknya menemui mayat seorang lelaki tanpa identiti di jalan masuk lombong Bukit Ibam di Rompin 10 hari lalu.

“Polis temui mayat lelaki yang telah reput tidak berbaju memakai seluar jeans berwarna hitam paras lutut di tepi kolam terbiar berdekatan jalan masuk ke lombong Ibam Mining pada jam 4.05 petang pada 28 Februari lalu.

“Sehingga kini identiti mayat tersebut tidak dapat dikenalpasti kerana tidak terdapat sebarang dokomen pengenalan diri bersama.

“Anggaran umur antara mangsa ialah 30 sehingga 50-an,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau telah kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Ketua Polis Balai Bukit Ibam, Shahril Sukimah di talian 019-3152551. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast