KUALA LUMPUR – Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin muncul di Perhimpunan Agung Armada Nasional kali ke-14 2022 yang berlangsung di Menara PGRM di sini petang ini.
Beliau yang memakai baju kemeja Melayu berwarna putih dan bersongkok tiba di bangunan itu kira-kira pukul 2.30 petang untuk mengikuti persidangan Armada Nasional dan Srikandi Muda.
Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) diiringi beberapa pimpinan Armada membuat penampilan sulungnya selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam.
Sebaik tiba, laungan “Hidup Abah” dan tepukan gemuruh oleh kira-kira 500 perwakilan Armada.
Bagaimanapun, sekumpulan media yang menyedari kedatangan Muhyiddin cuba memasuki dewan berkenaan tetapi tidak dibenarkan.
Hari ini perwakilan Armada Nasional dan Srikandi Muda dari seluruh negara berkampung di Menara PGRM untuk mengikuti Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-4 2022 yang ditangguhkan tahun lalu kerana memberi laluan kepada PRU15.
Namun Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-5 2023 yang akan menyaksikan pemilihan jawatankuasa peringkat pusat, negeri dan bahagian akan diadakan Oktober ini.
Ketua Armada Nasional, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal memaklumkan, beliau tidak mempertahankan jawatan itu kerana telah melepasi usia yang ditetapkan. – MalaysiaGazette