Pelakon, Hafidz Roshdi tiba di Mahkamah Kuala Kubu Bahru bagi didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan selepas menumbuk isterinya di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di Sungai Buloh. Foto AFFAN FAUZI, 13 MAC 2023.

KUALA KUBU BHARU – Pelakon Hafidz Roshdi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menyebabkan kecederaan ke atas isterinya.

Terdahulu Hafidz tiba di mahkamah dengan menaiki sebuah kenderaan pikap pukul 8.32 pagi sebelum masuk ke kompleks mahkamah dengan diiringi lima individu dipercayai termasuk peguam mewakilinya, menurut laporan BH.

Sebelum ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, pelakon berusia 29 tahun akan didakwa di Mahkamah Kuala Kubu Baharu, hari ini.

Katanya, suspek akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Pada 2 Mac lalu, pelakon terbabit dipercayai menumbuk isterinya di R&R Sungai Buloh sebelum ditahan polis, bagi membantu siasatan kes itu.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast