Foto Instagram Michelle Yeoh.

LOS ANGELES – Pelakon antarabangsa, Tan Sri Michelle Yeoh menjadi rakyat Malaysia pertama memenangi Anugerah Oscars di Amerika Syarikat.

Anak kelahiran Ipoh, Perak itu cemerlang melakonkan watak Evelyn Wang menerusi filem Everything Everwhere All At Once.

Michelle diumum memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Oscars ke-95 yang berlangsung dari Dolby Theatre, Los Angeles.

Michelle mengalahkan pemenang Oscars dua kali, Cate Blanchett dan Ana De Armas, Michelle Wiliams dan Andrea Riseborough. – Agensi