KUANTAN – Seorang pekerja hospital dan suri rumah antara dua mangsa terbaharu yang mengalami kerugian RM111,770 akibat terpercaya dengan sindiket penipuan di Raub.
Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kedua-dua mangsa setelah terpedaya dengan skim pelaburan dan tawaran pinjaman wang yang tidak wujud.
“Mangsa seorang wanita Melayu bekerja sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan di hospital kerajaan yang berumur 42 tahun tela menyertai satu skim pelaburan pada 14 Februari lalu.
“Skim pelaburan tersebut yang melibatkan mata wang bitcoin yang telah diiklankan dilaman Facebook dengan mengunakan platform syarikat pelabur terkenal,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Menurut Ramli, mangsa telah menyertai pakej perak yang bernilai RM4,500 kerana dijanjikan pulangan keuntungan sebanyak RM15,000.
Tambahnya, suspek telah meminta mangsa membuat bayaran pelepasan cukai dan pertukaran mata wang sehingga membuat lapan kali transaksi sebanyak RM79,970 kepada lapan akaun bank yang berbeza untuk mendapatkan keuntungannya.
Dalam kejadian lain, pada 9 Mac lalu, pula seorang wanita Cina berumur 31 tahun pula terpedaya dalam urusan pinjaman wang yang tidak wujud melalui laman web Google.
Mangsa membuat pinjaman wang sebanyak RM100,000 dengan dan telah membuat bayaran wang proses dan mengalami kerugian sebanyak RM37,800.
Ramli berkata. mangsa kedua-dua kes menggunakan sumber kewangan hasil wang simpanan sendiri dan wang simpanan suami.
Justeru polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan sindiket pelaburan tidak wujud dan penipuan pinjaman tidak wujud.
Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima dipautan https://semakmule.rmp. gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi. – MalaysiaGazette