Ariani buat kali pertama melancarkan sub jenama baharu khas kepada  golongan lelaki iaitu Aryan.

KUALA LUMPUR – Jenama fesyen tudung, Ariani buat kali pertama melancarkan sub jenama baharu khas kepada  golongan lelaki iaitu Aryan sempena koleksi Ariani Layar Raya 2023.

Pengarah pemasarannya, Datin Seri Farah Haryani Muhammad Philip berkata, ia disediakan untuk kanak-kanak dan orang dewasa di mana koleksi itu pilihan tepat untuk kelainan bergaya pada lebaran ini.

“Dalam penghasilan tudung, Ariani kekal mengilhamkan rekaan hijab dan busana terkini dengan pelbagai pilihan dan gaya cukup menawan.

“Sebanyak 101 rekaan hijab terbaharu diperkenalkan dengan kombinasi warna, material dan cetakan lebih unik, moden dan elegan dalam setiap helaian hijab engan paduan warna menarik untuk digayakan, pada Aidilfitri ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Ariani turut memperkenalkan duta terbaharunya pelakon Datin Lisa Surihani (kiri).

Ariani turut memperkenalkan duta terbaharunya iaitu pelakon, Datin Lisa Surihani dan Bella Dally yang sudah selama sembilan tahun dengan jenama itu, selain pengacara Uyaina Arshad sejak tiga tahun lalu.

Sementara itu, Farah Haryani memberitahu, syarikat itu turut mencipta sejarah membuka House of Ariani (HOA) pada 10 Mac lalu.

Katanya, bangunan empat tingkat berkeluasan 37,100 meter persegi menempatkan semua koleksinya di bawah satu bumbung termasuk tudung dan butik pakaian Muslimah terbesar di Malaysia.

“Buat masa ini, lebih 200 koleksi tudung dan 100 koleksi pakaian ditawarkan di HOA dan kami sudah memulakan koleksi sempena raya ini sejak lapan bulan lalu.

Sementara itu, Pertunjukan Fesyen Ariani Layar Raya 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang turut diperagakan koleksi Aryan seperti baju Melayu sedondon, sebelum kemuncak majlis dari The Premium Series by Ariani RTW dengan rekaan mewah menggunakan material berkualiti tinggi dan dilengkapi aksesori bertatahkan Swarovski. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast