Lim Lip Eng

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng  membayar RM2 juta selepas didapati memfitnah syarikat MonSpace (M) Sdn. Bhd. dan pengasasnya, Jessy Lai enam tahun lepas.

Hakim Datuk Akhtar Tahir ketika menyampaikan penghakiman kes itu hari ini turut memerintahkan pemimpin DAP itu untuk memohon maaf dalam masa tujuh hari bermula hari ini.

Kata Akhtar, Lip Eng selaku defendan telah mencemarkan nama baik syarikat serta pengasasnya dan perkara itu juga telah diakui olehnya.

“Kenyataan oleh defenden jelas beri gambaran bahawa plaintif merasuah pegawai kanan kerajaan dan plaintif telah menjalankan perniagaan melanggar undang-undang termasuk menipu 19 warganegara China.

“Defendan juga tidak nafi beliau telah buat kenyataan tersebut dan ianya telah diterbitkan,” katanya dalam prosiding atas talian hari ini.

Hakim turut memerintah Lip Eng untuk membayar membayar kos sebanyak RM250,000.

Untuk makluman, Jessy Lai dan syarikatnya (plaintif pertama dan kedua) telah memfailkan saman terhadap Lip Eng pada 2019 kerana mengeluarkan kenyataan fitnah yang turut diterbitkan dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris dan China.

Lip Eng menuduh mereka menjalankan perniagaan haram dan menipu pelabur dari negara China. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast