KUALA LUMPUR – Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahmah tidak bersetuju dengan peraturan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melarang program melibatkan umat Islam di rumah ibadah agama lain.
Ahli Parlimen Muar itu berkata, program dan usaha untuk menyemarakkan lagi keharmonian dan kesefahaman antara rakyat seharusnya disambut dengan baik oleh semua pihak di semua peringkat.
Ini kerana Malaysia merupakan negara yang mempunyai masyarakat yang majmuk, berbilang bangsa dan agama.
Katanya, selama ini ahli MUDA yang terdiri daripada pelbagai latar belakang tidak pernah mempunyai masalah untuk bekerjasama dalam program kemasyarakatan yang diadakan.
“Ahli MUDA tidak kira apa agama atau bangsa sama-sama membersihkan masjid, tokong, kuil, gereja, gurdwara dan lain-lain tempat ibadah ketika kerja-kerja pembersihan banjir.
“Saya yakin untuk yang beragama Islam, iman mereka sedikit pun tidak terjejas sehingga hendak menukar agama,” kata Syed Saddiq.
Malah menurut bekas Menteri Belia dan Sukan itu, beliau telah banyak kali melawat rumah ibadah penganut agama lain.
Beliau menegaskan tidak pernah melihat ada agenda untuk menjejaskan agama Islam di negara ini.
“Saya dijemput kerana saya mewakili rakyat saya tanpa perlu peduli apa agama mereka, apa bangsa mereka, dan apa fahaman politik mereka. Kebajikan mereka adalah tanggungjawab saya.
“Justeru itu, saya ingin bertanyakan adakah enakmen ini akan dipakai kepada pemimpin-pemimpin besar negara juga sekiranya mereka melawat ke rumah-rumah ibadah ini?
“Malaysia teguh kerana perpaduan dan dengan perpaduan ini datangnya kemakmuran,” katanya dalam kenyataan.
Sebagai Presiden MUDA, beliau menyeru lebih daripada 100,000 ahli MUDA untuk melawat mana-mana rumah ibadah.
Syed Saddiq mengulas kenyataan Exco Selangor Mohd Zawawi Ahmad Mughni pada 14 Mac lalu.
Mohd Zawawi berkata, peraturan telah menetapkan bahawa sebarang program melibatkan umat Islam di rumah ibadah agama lain selain dari Rumah Ibadah Islam adalah dilarang sama sekali.
Pihak JAIS sentiasa memantau dan akan mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang melanggar peraturan Seksyen 5 dan Seksyen 6 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor 1988.-MalaysiaGazette
Tiada apa yang boleh dibanggakan dengan muda ni. Suara mereka pula tidak mewakili majoriti suara anak2 muda.
Tak usahlah buat program2 yang tidak mendatangkan faedah seperti ini, ianya juga tidak berperlembagaan.
Membahas perkara2 spt ini didalam parlimen juga hanya membazirkan wang dan masa rakyat. Lebih baik bahas perkara2 yang lebih menghimpit rakyat seperti kenaikan harga barang, bahan mentah dan sayuran yg tidak terkawal.
Ayuh anak2 muda sekali lagi kita gelombangkan PRU negeri dengan memangkah PN. Anda telah melakukannya dan telah berjaya dalam PRU yang lalu.
Lebih baik kau ikut jemaah tabligh supaya kau faham larangan ugama. Kau tu dahlah Islam kulit bawang. Merosakan akidah belia.
Pancasila bisa promosi agama bukan Islam tanpa Islam agama rasmi dong.