Pengerusi Eksekutif JL99 Group, Datuk Seri Jeff B K Lee bergambar bersama pemenang cabutan bertuah daripada para pembeli-pembeli ‘Project 99 Residence@KL North’ ketika di 99 Wonderland Park, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 19 MAC 2023.

KUALA LUMPUR – Syarikat pemaju hartanah terkenal, JL99 Group menawarkan hadiah cabutan bertuah bernilai lebih RM1.4 juta sebagai penghargaan buat para pembeli-pembeli Project 99 Residence@KL North hari ini.

Istimewanya, JL99 yang diterajui oleh pengasas dan Pengerusi Eksekutif JL99 Group, Datuk Seri Jeff B K Lee mengejutkan para pembelinya dengan menghadiahkan sebuah unit rumah bernilai RM490,500 dan dua buah kenderaan jenis Perodua Aruz dan Perodua Myvi.

Turut dihadiahkan ialah wang tunai bernilai antara RM5,000 hingga RM8,0000.

Ia bukan kali pertama beliau mengadakan cabutan bertuah dengan menghadiahkan sebuah unit rumah bagi projek sama, sebaliknya sudah dilaksanakan syarikat itu ketika musim pandemik sekitar Oktober 2021 dengan nilai hadiah mencecah RM1 juta.

Pengerusi Eksekutif JL99 Group, Datuk Seri Jeff B K Lee melakukan cabutan bertuah sebagai penghargaan buat para pembeli-pembeli ‘Project 99 Residence@KL North’ ketika di 99 Wonderland Park, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 19 MAC 2023.

“Ada satu lagi pusingan nanti, tunggulah untuk hadiah menarik lagi. Dengan memberikan hadiah lumayan seperti unit rumah sebenarnya cara JL99 berterima kasih kepada para pembeli kira-kira 1,194 unit kami sejak awal lagi.

“Selalunya memang ada pemaju yang membuat cabutan bertuah pada permulaan projek atau akhir projek tapi di JL99, kita akan buat tiga kali supaya ramai lagi pembeli akan merasa nikmat menang sesuatu yang besar seperti ini. Itulah cara kami, setiap keuntungan ini kita pulang balik kepada para pembeli setia.

“Kali ini selain hadiah sebuah rumah, kita juga hadiahkan dua buah kereta dan hadiah wang tunai kira-kira RM393,6000 keseluruhan. Sememangnya ramai yang teruja dan gembira, kita dapat lihat sendiri apabila 99 Wonderland ini penuh dengan ribuan pembeli dan ahli keluarga hadir memberikan sokongan.

“Tahniah buat semua pemenang, yang tidak berjaya kali ini boleh cuba lagi kita akan buat satu lagi pusingan nanti. Selagi boleh, kumpulan JL99 akan terus memastikan kepuasan, kebahagian, keselamatan untuk semua pembeli dan keluarga masing-masing,” katanya kepada MalaysiaGazette selepas majlis cabutan bertuah hari ini di 99 Wonderland Park milik syarikat pemaju itu di sini.

 Lee turut memaklumkan projek 99 Residence@KL North yang bermula sejak 2019 serta berdepan cabaran pandemik dijangka siap diduduki pada Disember 2023 ini.

Pengerusi Eksekutif JL99 Group, Datuk Seri Jeff B K Lee melakukan cabutan bertuah sebagai penghargaan buat para pembeli-pembeli ‘Project 99 Residence@KL North’ ketika di 99 Wonderland Park, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 19 MAC 2023.

“Kita sedang sudah hampir menyiapkan sebuah projek perumahan berprestij dengan kemudahan bertaraf lima bintang selain koridor lapan kaki, kita jangka siap untuk para pembeli sekitar penghujung Disember ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, keluarga seorang pesara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Vijaya Lakshmi Swati, 62, berjaya memenangi hadiah seunit rumah berharga hampir setengah juta di 99 Residence@KL North.

Katanya mereka sekeluarga pernah mencuba nasib pada pusingan cabutan bertuah kali pertama tahun lepas namun tidak berjaya, kali ini nasib berpihak kepada mereka.

Pemenang utama yang mendapat sebuah unit rumah bernilai RM490,500 selepas cabutan bertuah dari para pembeli-pembeli ‘Project 99 Residence@KL North’ ketika di 99 Wonderland Park, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 19 MAC 2023.

“Yang beli rumah ini adalah anak buah saya yang bekerja di Singapura, beliau hantarkan wakil adik dan suaminya. Sememangnya kita tidak datang hari ini dengan harapan tinggi sebaliknya hanya berdoa jika itu adalah milik kita, bermakna ianya kita punya.

“Memang kami bertuah kerana cabutan bertuah itu dapat kepada kami. Syukur kepada Tuhan. Kita akan berbincang dengan anak buah apa yang akan dilakukan dengan unit rumah ini namun saya rasa kita akan simpan rumah ini.

“Harga rumah di pasaran selalunya tinggi dan memiliki sebuah rumah itu sememangnya menjadi impian semua. Memang kami gembira dan amatlah berterima kasih,” ujarnya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast